KEBANYAKAN di kalangan kita mempunyai keinginan untuk berjaya dalam apa jua lapangan kerjaya yang diceburi. Tetapi, disebabkan ketiadaan sumber informasi yang benar-benar membantu dan datang dari sumber yang betul serta tidak berat sebelah (bias), maka kejayaan tidak datang sebagaimana yang diharapkan.
Justeru itu, majalah SUKSES mempunyai peranan yang cukup besar dalam menyampaikan maklumat berguna kepada masyarakat untuk mengubah kehidupan dengan menceburi bidang perniagaan di samping mendapat sumber inspirasi dari kisah kejayaan usahawan-usahawan dalam pelbagai bidang perniagaan.
Majalah SUKSES keluaran kali ini menyajikan pelbagai informasi tentang peluang perniagaan yang pelbagai serta menguntungkan. Dengan hanya bermodalkan sejumlah wang yang kecil, setiap orang mampu merebut peluang perniagaan yang ditawarkan demi menggapai kehidupan yang lebih baik.
Begitu juga dengan kisah beberapa individu dan juga syarikat yang dipaparkan pada kali ini mampu dijadikan sebagai satu pencetus semangat ataupun dorongan motivasi untuk anda mengecapi kejayaan. Anda boleh belajar dari kejayaan usahawan lain dalam aspek membangunkan perniagaan. Misalannya Dato' Nordin Darus, seorang tokoh usahawan yang boleh dijadikan contoh berdasarkan kejayaannya membangunkan perniagaan serta melahirkan ramai usahawan.
Cerita Dr Syid Ayob, pengasas produk berasaskan gamat juga tidak kurang hebatnya di mana kebolehan beliau memacu perniagaan sehingga tersebar di seluruh pelusuk negara di bawah jenama yang dibawanya.
Banyak lagi kisah menarik pada keluaran kali ini yang mana kesemua informasi yang dipaparkan boleh menjadi titik tolak untuk anda mengubah kehidupan sama ada untuk merebut peluang-peluang yang ada mahupun belajar daripada orang-orang yang berjaya.
Dapat majalah SUKSES
di pasaran
sekarang terutamanya di rangkain kedai myNEWS.com, outlet MPH dan juga Popular Bookstore. Pertanyaan lanjut, hubungi 019-3535680.